Dimensi
baru pembangunan luar bandar perlu mengambilkira perubahan yang berlaku kepada
senario luar bandar, melibatkan perubahan kepada pembolehubah dan persekitaran
luar bandar. Dalam banyak keadaan, pembolehubah dan persekitaran desa
mamperlihatkan taraf pencapaian yang rendah berbanding bandar. Tidak kurang
membimbangkan ialah jurang yang kian melebar antara bandar dan luar bandar dari
aspek pendapatan, kemahiran, pencapaian pendidikan, celik huruf, celik
komputer dan sebagainya. Jika tidak ditangani secara berkesan,
perlebaran jurang ini boleh membawa implikasi kepada kestabilan politik, sosial
dan ekonomi.
Untuk
menangani isu ini, kerajaan telah menetapkan beberapa objektif yang perlu
dicapai dalam konteks pembangunan luar bandar khususnya untuk melahirkan
masyarakat yang sejahtera, bebas dari kemiskinan, celik IT, berdayasaing,
berpengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran(multi-skill).
Beberapa strategi untuk mencapai objektif tersebut telah diterjemahkan kepada beberapa program/projek teras iaitu: Teras Pertama: Pembangunan Infrastruktur Asas, Teras Kedua: Pembasmian Kemiskinan Tegar, Teras Ketiga: Pembangunan Modal Insan, Teras keempat: Pemajuan Kawasan dan Teras Kelima:yang berkaitan dengan seminar ini iaitu: Pembangunan Teknologi Maklumat serta Teras Keenam: Pembangunan Industri Luar Bandar.
Beberapa strategi untuk mencapai objektif tersebut telah diterjemahkan kepada beberapa program/projek teras iaitu: Teras Pertama: Pembangunan Infrastruktur Asas, Teras Kedua: Pembasmian Kemiskinan Tegar, Teras Ketiga: Pembangunan Modal Insan, Teras keempat: Pemajuan Kawasan dan Teras Kelima:yang berkaitan dengan seminar ini iaitu: Pembangunan Teknologi Maklumat serta Teras Keenam: Pembangunan Industri Luar Bandar.
Untuk
memastikan masyarakat luar bandar boleh memanfaatkan pambangunan teknologi
maklumat, beberapa strategi turut digariskan, antaranya latihan-latihan
kemahiran yang berkaitan dengan ICT; meningkatkan dan memperkayakan program
pembangunan kandungan dan mengintegrasikan semua program ICT yang dijalankan
oleh kementerian dan jabatan/agensi.
Jurang
digital antara bandar dan luar bandar masih terlalu luas, walaupun usaha telah
dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat ini sejak tahun
1990an. Jurang digital ini dapat dilihat berdasarkan jumlah pemilikan komputer
lebih besar dimiliki oleh masyarakat bandar, iaitu 88.8 peratus berbanding
dengan luar bandar, iaitu 11.2 peratus. Begitu juga jika dilihat dari
segi penggunaan internet begitu sedikit ditembusi oleh masyarakat luar bandar
iaitu antara 6.7 peratus berbanding 93.3 peratus daripada masyarakat
bandar.
Dalam
konteks ini kerajaan sedar bahawa walaupun perbelanjaan untuk membekalkan
perkhidmatan ICT di kawasan luar bandar tidak menguntungkan, namun dari segi
tanggungjawab sosial perhatian sewajarnya harus juga diberikan kepada
perkhidmatan ICT di kawasan luar bandar agar jurang digital masyarakat
luar bandar tidak jauh ketinggalan dengan masyarakat di bandar.